BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 23 April 2009

jom main emas lak

Salam sume...dh lama aku x wat post ttg investment ni...ada baca x post sblm ni yg aku citer ttg unit trust tu?skrg aku nk b’jinak2 ngn pelaburan emas lak...nmpk cm yg ni lg untung lak...

Ye la kn...dlm al quran sdiri pn ada sebut ttg emas ni kn...zaman nabi pn guna dinar emas..so utk lebih fhm lg pe kata u all baca skit ttg apa itu pelaburan emas ni...

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

>> 18/7/2001 ialah RM1082.00
>> 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!

Bagaimana saya nak mulakan simpanan emas? tentulah jawapannya kena ada duit. Betul tak?
Sebelum ni kita hanya buat simpanan kalau ada lebih duit gaji di bank. Macam saya setiap bulan buat potongan gaji ke ASB loan dan juga insurans utk tujuan simpanan dan perlindungan. Pendek kata, panjang pun kata, sebelum tahu tentang faedah emas ni kita hanya tahu simpan duit kertas aje. Apa kata kalau kita simpan emas pula...

Sekarang ni ada 3 cara untuk menyimpan emas.

1. simpan emas fizikal

Ada 4 jenis emas fizikal yang biasa pengumpul emas simpan buat koleksi iaitu:-
1. barang kemas macam rantai, subang, gelang tangan dsb.
2. Syiling emas / dinar
3. bar / wafer
4. Jongkong

2. Simpan emas dengan buku akaun

Ada 2 buah bank di malaysia yang buat macam ni iaitu:-
1. Public Bank
2. Maybank

3. Simpanan emas melalui syarikat

Saya beri 2 contoh syarikat yang popular dalam pelaburan emas ni iaitu:-
1. Etika Emas
2. Afa Gold sdn bhd

Sekarang anda bolehlah buat kira-kira duit yang ada sebelum tetapkan untuk mulakan simpanan dengan cara yang mana satu ye...

Dah buat kira-kira duit yang ada? kalau sudah, anda tetapkan pula nak buat simpanan yang mana satu.

Cadangan saya yang pertama

kalau anda sukakan emas fizikal dan takde masalah untuk menyimpan untuk jangka masa yang lama anda boleh lah simpan emas fizikal. "Best tau dapat pegang emas ni. rasa macam orang kaya je dapat pegang emas banyak-banyak. Jangan sampai riak,sombong dan bongkak dah la yer".
Anda bolehlah peruntukkan duit lebih anda setiap bulan tu untuk beli dinar, kalau 1 bulan kumpul 1 dinar, setahun dah ada 12 dinar. Banyak tu...


Cadangan saya yang kedua

Kalau anda rasa takut nak simpan banyak2 emas fizikal tu, anda boleh buka GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA) di Public Bank atau Maybank.
Caranya anda pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan dan bagitau pada staf yang bertugas yang anda nak buka buku pelaburan emas. nanti staf tu akan bagitau la caranya...
(Dengar citer Public Bank benarkan tukar GIA tu di HQ sahaja. Sekarang ni tengah runding dengan Habib Jewels supaya pelanggan boleh tukar GIA dengan barang kemas di Habib Jewels)

Bagi akaun simpanan emas ni anda kena 'monitor' selalu harga emas kat Public Bank dan Maybank. Kalau naik jual kalau turun beli. Websitenya ialah:-

http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

Cadangan saya yang ketiga


Kalau anda nak duit tiap-tiap bulan sambil simpan emas, anda boleh cuba melabur dengan syarikat yang menawarkan pelaburan emas ni. Ada dua syarikat yang popular iaitu:-
Yang pertama Syarikat Etika emas yang selalu iklan kat TV dan Surat khabar tu. Konsep pelaburannya lebih kurang macam ni... Minimum pelaburan 100g emas. Emas tu kena beli daripada syarikat ikut harga yang ditetapkan syarikat. Kemudian syarikat akan bagi pinjam 100g kepada anda. Emas anda tu di pajak di arrahnu bersama 100g emas syarikat yang dipinjamkan atas nama anda. Arrahnu akan bagi 65% daripada nilai emas tu sebagai pinjaman. Duit pinjaman daripada arrahnu tu anda bagi pada syarikat untuk syarikat buat modal perniagaan. Syarikat akan bagi hibah kepada anda RM300 sebulan selama 6 bulan. Cukup tempoh 6 bulan syarikat akan bagi duit upah simpan dan tebus semula emas anda. Bila dah tebus tu jangan lupa pula untuk pulangkan semula emas syarikat. Emas anda tu boleh dijual kepada syarikat atau anda nak simpan sendiri atau anda boleh juga sambung kontrak lagi.

Yang kedua syarikat AFA GOLD SDN BHD. Konsepnya sama cuma hibahnya tak tetap. Minimum pelaburan 50g emas kena beli ikut harga pasaran emas semasa di kedai emas (FGJAM) tapi syarikat ada bagi diskaun lagi. Hibah yang diberi kalau melabur 50g emas syarikat akan beri hibah 2g emas setiap bulan. kalau labur 100g emas syarikat bagi hibah 4g emas lah setiap bulan.











0 comments: