BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 29 Januari 2009

Metroseksual...


Skrg ramai org ckp pasal lelaki metroseksual...tp tau ke kite apa itu lelaki metroseksual ni???

nk tau lebih lanjut sile baca...artikel ni dipetik dr salah sebuah majalah yg aku baca...


Gerangan Metroseksual
Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai ‘gay’.

Duit
Lelaki metroseksual kebiasaannya banyak menghabiskan wang untuk penampilan serta kecantikan. Penjagaan kulit, makeup, dah susuk tubuh badan diberikan perhatian lebih. Kadang-kadang mereka sanggup berhabis wang beribu-ribu untuk itu sahaja.

Emosi
Mereka yang metroseksual lebih beremosi dan bertindak tanpa usul periksa. Kalau kelengkapan peribadi tidak lengkap, mereka akan merasa tertekan sedikit walaupun yang tiada itu berus gigi dan sabun.

Majalah
Rajin membuat rujukan dan menambahkan bahan bacaan yang berkaitan dengan penampilan dan penggayaan diri. Up to date tentang fesyen sekarang dah kebiasaannya melihat rancangan yang berbentuk ‘ grooming ‘ seperti ‘ Extreme Makeover ‘ atau ‘ Queen Eye for Straight Guy ‘.

Obses
Mereka sukakan perhatian dan inginkan orang sekeliling melihat akan penampilan mereka yang hebat itu.

Wanita
Mereka mempunyai tabiat melayan wanita dan menghormati mereka dengan sama rata. Mereka tidak prejudis dan menganggap wanita sama seperti mereka. Tapi bukan semuanya, ini lebih tertumpu kepada golongan gay.

Kesempurnaan
Mereka lebih penuh semangat dalam hal penjagaan diri, kebersihan tubuh, kesihatan diri dan keadaan sekali seperti aku urakan di kelompok money. Semuanya perlu kemas, cantik dan berkonsep.

Jumaat, 23 Januari 2009

Ni yg biasa kite nmpk...



Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.


Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Silapelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.


Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang… Inseculity ploblem..


Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..


Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan.. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)


Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.


Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan “I wear sexy and I feel good” ataupun “I have the right to wear anything I want”… Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka Tatau apa mau cakap lagi woo..

Wanita oh wanita...

Kepada kaum hawa sekalian...try la tips2 ni...rasanya x slh kn kite jd yg terbaik utk pasangan kite...so try la amalkan k...

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Anda Stress???sila baca...

Makin lama hidup,makin byk mslh kite kne hadapi...namun begitu nk x nk kite tetap kne harungi gk...Hanya org gila je yg tenang je hidup di...x perlu pikir soal masa depan,kewangan,hal rumah tangga,pejabat,hutang...huhuh...anda nk jadi org tenang cm tu gak ke??huhu...

Yang paling penting kite kne belajar cara tangani stress...so baca tips dibawah utk hadapi sume ni...

1. Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

2. Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

3. Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat.

Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

4. Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

5. Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

6. Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

7. Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.

8. Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.

9. Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.

10. Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

11. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

12. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.

13. Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.

14. Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

15. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.

16. Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

17. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

18. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.

19. Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

Tips utk korang kekal hot

Ok...korang baca la tips-tips ni supaya cinta korang tu lebih subur lagi nati...

1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.

6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Cinta Jarak Jauh?? Anda t'duga x?


Pernahkah anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.


Bayangkan anda bertugas nun jauh di Sarawak sedangkan si dia pula di utara. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.


Idea utk bg hadiah kat awex...

1. Jika sempena hari istimewa seperti hari ulang tahun kelahiran, kad ucapan boleh menjadi hadiah paling bermakna. Bukan kad ucapan biasa, tapi ditulis sendiri dengan ucapan bermakna dari hati si pemberi.

2. Terlalu ramai wanita sekarang mampu memiliki kereta sendiri. Namun, ramai tidak mahir memilih aksesori bersesuaian untuk kereta kesayangan. Apa kata, hadiahkan sesuatu yang berbeza seperti aksesori kereta yang praktikal?

3. Aksesori perhiasan diri semestinya idea hadiah yang baik. Tapi anda perlu pilih aksesori yang sesuai dengan personaliti pasangan. Murah atau mahal terpulanglah kepada anda dan cita rasa si dia.

4. Sesuai bagi wanita berkerjaya, sesekali selepas penat pulang dari tempat kerja, alangkah seronoknya kalau ada orang yang sudi membelanja sesi rawatan dan memanjakan diri di spa. Rancang baik-baik pemberian hadiah seperti ini supaya ia menjadi kejutan istimewa!

5. Pilih hari sesuai dan bawa pasangan nikmati hidangan makanan istimewa di restoran kegemaran. Pastikan pengalaman makan bersama menjadi suatu kenangan manis anda berdua.

ciri lelaki intelek...

Ni adalah petikan dari kata-kata tafsiran ttg ciri-ciri lelaki bijak oleh model dan pengacara terkenal, Belinda Chee..bukan aku ckp tau..

Yakin.

Lelaki bijak petah berbicara apa saja. Lelaki berkeyakinan seperti ini tahu mereka mampu bercakap mengenai pelbagai topik. Namun, kadangkala lelaki sebegini dianggap berlagak atau suka cakap besar. Lelaki bijak selalunya mengagumkan ramai orang tanpa perlu bercakap besar.

Pandai berkomunikasi serta berkebolehan mengajar.

Disebabkan lelaki bijak berpengetahuan luas, mereka lazimnya yakin dengan diri sendiri. Mereka tahu apa yang mereka tuturkan dan dengan itu, mampu berkomunikasi dan mengajar orang lain dengan baik.

Optimistik.

Lelaki bijak tahu kepintaran mereka dapat mengelak diri daripada menanggung kesusahan. Kebanyakan lelaki intelek bersikap positif dalam hidup mereka.

Segak.

Lelaki bijak pandai bergaya. Saya selalu membayangkan lelaki bijak memakai pakaian kemas, kaca mata bergaya serta kasut yang mengikut fesyen terkini. Ia mungkin kedengaran stereotaip tapi bila anda berpakaian kemas, persepsi orang akan menjadi lebih baik.

Semestinya pandai berjenaka.

Kebijaksanaan lelaki menjadikan mereka spontan bila berjenaka.

Selasa, 20 Januari 2009

Jom join Unit Trust



haluu rakan2 sekalian...di sini aku nk kongsi info skit berkaitan apa itu unit trust..Jarang masyarakat kita am nye org melayu join benda2 ni..Yang mereka suka biasa nye mlm,skim piramid,skim cpt kaya...hrmm...sini aku mau kongsi la info skit ttg unit trust atau skim amanah ni....


* Skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.

* Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

* Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

* Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut.

* Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh mengendalikan risikonya dengan baik

* UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.


Apakah sebenarnya unit amanah?

Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) ?

Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik

UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.

Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?

Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.

Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).


KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN UNIT TRUST

Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut. Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut. Inilah yang banyak berlaku selama ini, sehingga membuatkan ramai orang mula hilang percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a unit trust that cannot be trusted at all!"

Jika anda lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.

Contoh Illustrasi

Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana XXX akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 15 unit tersebut dalam masa yang singkat.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Harga unit Dana XXX pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit (mengikut harga jualan sekarang)

Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000


Jumlah pegangan unit = RM 100,000 / RM 0.58 seunit

= 172,414 unit


Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 April 2004 = 15 unit bagi setiap 100 unit

Harga baru unit Dana XXX pada 5 April 2004 = RM 0.50 seunit

Jumlah pegangan unit baru = 198,274 unit

Nilai Pelaburan sekarang = 198,274 unit x RM 0.50 seunit

= RM 99,137

Anda sebenarnya sudah kerugian RM 863 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8 April 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan tadi. Untuk mendapat untung, maka anda terpaksa menunggu apabila harga saham tersebut naik semula kepada paras RM 0.55 ke atas.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.

Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.

BELI SEMASA HARGA MURAH

Contoh Illustrasi

Melabur RM 100,000 pada bulan 30 Mac 2003 ke dalam Dana KLSI Pacific Mutual dengan matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat.

Dana Islamik KLSI Pacific Mutual Fund (Kuala Lumpur Syariah Index Fund)

Jumlah duit yang dilaburkan = RM 100,000

Tarikh Dana dilancarkan = 25 Mac 2003

Profail Dana = Agresif - 95% di dalam Ekuiti Lulusan Syariah, 5% dalam bon Islam

Harga jualan pada 30 Mac 2003 = RM 0.50 seunit

Service Charge & Annual Fee = 5% service charge & 1% annual fee (antara yuran termurah)

Jumlah pegangan unit yang diterima = 200,000 unit

JUAL SEMASA HARGA MAHAL

Harga unit saham pada 27 Feb 2004 = RM 0.6015 /unit

Nilai Pelaburan sekarang = RM 120,300

Jumlah Keuntungan (Profit) = RM 20,300

Peratusan keuntungan (%) = 20.3 %

Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun, pulangan Unit Trust Dana KLSI ternyata lebih banyak (20.3%), jika ia dibuat dengan cara yang betul.



Tips untuk Membeli Unit Trust? - Untuk pelaburan secara lump sum sahaja

1 - Pilih timing yang bersesuaian - beli semasa harga murah dan jual semasa harga mahal

2 - Kenali diri anda dulu - Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term? dan sejauh mana tahap toleransi risiko anda? Sejauh mana anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?

3 - Kenali profail dana pelaburan anda samada ia bersesuai dengan profail risiko anda

4 - Berurusan dengan syarikat yang cekap dan mempunyai rekod pelaburan yang baik. Contoh, Unit saham syarikat mutual swasta perform lebih baik dari syarikat saham amanah negeri.

5 - Semak service caj yang dikenakan oleh syarikat mutual tersebut, samada ianya terlalu tinggi untuk anda. Caj biasanya antara 5%- 7% bagi dana aggresif/equity-based.

Saya ingin berkongsi pendapat berkenaan ASB & Unit Trust kerana ramai orang tertanya-tanya kpd saya, mana satu yang lebih menguntungkan. Untung atau tidak, saya tidak dapat memberi jawapan sebenar kerana untung atau rugi dalam pelaburan, semuanya akan bergantung kepada prestasi sebenar dana pelaburan tersebut.

Tidak ada satu dana pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, walaupun kadangkala kita mungkin di-approached oleh ejen unit trust tertentu yang menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi dari yang lain. Seseorang itu boleh mempamerkan past performance & past awards atau Investment Projection 20% setahun sekalipun, namun pada hakikatnya, tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang dibuat di dalam unit trust akan mendatangkan keuntungan kepada pelanggannya.

Ini kerana dana yang declare dividen tinggi sekarang, tidak semestinya akan declare dividen tinggi selama-lamanya dan begitu juga dana yang declare dividen rendah, tidak semestinya rendah selama-lamanya. Sebab itulah, apabila anda melabur dalam unit trust, ada tercatat pada prospektusnya - "Past Performance does not reflect its Future Performance".

Secara amnya, ramai orang melabur tanpa memahami dana pelaburan yang mereka labur. Mereka tidak faham nature of their investment. Sebagai contoh, antara ASB & Unit Trust - bagaimana ia beroperasi?

Kedua-dua dana ini melibatkan risiko pelaburan, kerana sudah menjadi hukum alam, jika anda mahukan pulangan lebih, maka perlulah ambil risiko pelaburan lebih juga.

Cara ASB beroperasi adalah mudah. Anda masuk RM 1 pada hari ini, nilainya tetap RM 1 pada esok hari. ASB adalah pelaburan yang harga unit sahamnya tidak berubah-ubah. Pulangan dividen diberi dalam bentuk peratusan % dan kadangkala ditambah dengan bonus unit.

Dalam ASB, risiko pelaburan tetap ada, cuma ianya kurang kerana ASB adalah satu-satunya dana pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, sebelum ini ASB boleh declare dividen 10% setahun tetapi sejak 2-3 tahun lepas, kadar dividen mereka menurun kepada 7%. Ini menunjukkan risiko pelaburan tetap ada.

Bagaimana pula dengan unit trust? Ramai orang melabur dalam unit trust tanpa memahami dana yang dipilihnya dan cara unit trust berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang bila sebut pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".

Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis dana yang mempunyai profail risiko yang berbeza-beza. Unit trust biasanya terdiri dari dana yang aggresif (sebahagian besar dana dilabur dalam pasaran ekuiti/shares), dana seimbang (sebahagian dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) dan dana yang konservatif (sebahagian besar dana dilabur ke pasaran bon dan pelaburan berisiko rendah). Tidak kira dana konvensional mahupun Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.

Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut profail risiko yang bersesuaian dengan dirinya. Anda perlu sedar, setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza terhadap risiko pelaburan yang sanggup dia hadapi.

Jika anda seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan hanya ingin melabur duit anda untuk sementara walaupun pada kada pulangan yang rendah, maka pilihlah dana yang konservatif.

Dan sebaliknya, jika anda sanggup menerima risiko kerugian (kehilangan sebahagian modal pelaburan) untuk mendapatkan pulangan tinggi dan mahu melabur dalam jangka panjang, maka pilihlah dana aggresif atau dana seimbang.

Dan jika anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh meletakkan sebahagian di dalam dana konservatif dan sebahagian lagi di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30% dalam dana konservatif, 40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.

Cara unit trust beroperasi juga berlainan dari ASB. Anda labur RM 1 hari ini, esok nilainya boleh menjadi 90 sen atau RM 1.10. Nilai seunitnya akan berubah ubah mengikut prestasi semasa dana.

Unit trust juga biasanya mempunyai 2 harga: buying and selling untuk cover initial service charge syarikat mutual tersebut.
Contoh: Seling price 55.4 sen dan buying price 52.4 sen seunit. Perbezaannya adalah service caj syarikat tersebut.

Rujuk selling price untuk harga saham yg anda beli dan rujuk buying price untuk harga saham yg anda jual semula kpd syarikat mutual.

Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory).

Cuma melabur secara lump-sum, samada secara cash mahupun EPF, anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual?

Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda. In theory, seseorang itu patut beli semasa saham harga murah dan menjual apabila harga unit sahamnya sudah naik melebihi modal asal + service chargenya.

Contoh: Beli pada selling price 55.4 sen dan buying price pada masa itu adalah 52.4 sen. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, contoh buying price 59.5 sen, anda boleh jual semula unit trust anda untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana pula dengan dividen yang diberi dalam unit trust?

Pulangan biasanya diberi dalam bentuk bonus unit atau cash dividend atau kedua-duanya sekali. Biasanya agihan bonus unit adalah untuk dana yang banyak dilaburkan ke dalam ekuiti/shares. Jadi untuk dana ini, anda perlu kumpul sebanyak mana unit saham pegangan anda. Bagi dana yang banyak dilaburkan ke dalam bon atau sekuriti hutang, anda biasanya akan menerima cash dividen (dalam bentuk sen) untuk pelaburan anda.

Apa terjadi apabila anda menerima dividen berbentuk bonus unit?

Sebenarnya apabila sesebuah dana unit trust declare dividen berbentuk bonus unit, harga unit saham tersebut akan turun sedikit kerana pelarasan dividen tadi. Ini dapat anda lihat dengan jelas di dalam dana aggresif yang memberi bonus unit, contoh 15 unit tambahan untuk setiap 100 unit yang anda pegang. Return pelaburan bukannya 15%, sebaliknya bonus tambahan sahaja yang 15% bagi setiap 100 unit yang dipegang. Harga unit saham akan diselaraskan dengan bonus unit tambahan ini dan akan menyebabkan harga unit saham jatuh sedikit.

Contoh yang kerap berlaku pada hari ni, seseorang ejen unit trust mungkin 'meracun minda' anda dengan menyatakan, dana unit trustnya akan declare dividen 15% tidak lama lagi dan jika anda melabur sekarang, anda akan menerima dividen 15% itu tanpa perlu melabur sehingga 1 tahun. Maka anda pun melabur RM 10,000.

Ya, apabila declare bonus unit 15 unit setiap 100 unit pegangan, memang anda akan terima tambahan 15 unit itu, tetapi nilai pelaburan anda masih lagi kekal pada nilai RM 10,000 kerana harga unit saham sudah pun diselaraskan dengan pemberian bonus unit tambahan itu. Cuma pegangan unit saham anda sahaja bertambah. Nak untung, kena lah anda tunggu sehingga buying price anda naik.

Sebab itulah pada sesetengah orang, timing untuk dia membeli unit trust ini apabila dana tersebut sudah declare dividen atau semasa ekonomi merundum kerana harga unit saham adalah lebih rendah berbanding biasa.



Isnin, 19 Januari 2009

Kata - Kata Hikmat utk mu..

Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang supaya mencuba sesuatu pendekatan yang belum pernah dicuba terdahulu.

Menang kalah itu bukannya perkara sekali –sekala, ia perkara harian.

“Musim panas itu menyoronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan,salji itu mengembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja”

Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

‘Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan- separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana”.

-Gita Bellin-


“Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesudahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kwesudahannya adalah perjalanan itu sendiri”

-Moula Le Guin-

Kepuasan itu terletak pada usaha,bukan pada pencapaian.Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna.

-Mahatma Gandhi-

“Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal-awal lagi dalam hidup”

-Thomas Henry Huxley-

“Perjuangan, kegagalan, kemenangan:manakala kemenanganlah kesudahan yang diidamkan ,perjuangan juga ada kegembiraannya dan kegagalan juga bukanlah tiada faedahnya”

“Kejayaan diukur bukanlah sekadar mengikut kedudukan yang telah dicapai dalam hidup tetapi lebih penting lagi mengikut bilangan dan tahap kesukaran rintangan-rintanganyang telah diatasi dalam mencapai kedudukan itu”

-Dr.Booker T. Washington-


“Kerumitan menyerlahkan sifat-sifat terbaik dalam diri seseorng dan memungkinkan keunggulan.Orng yang telah memenangi perjuangan menentang kerumitan dihiasi dengan tanda –tanda di wajahnya.Gaya kemenangan terserlah pada setiap gerak gerinya.


“Hanya setelah anda menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi”

“Tatkala anda bermurung itulah keunggulan anda terserlah, ketara, teruji!!!!

“Anda memerlukan sebanyak mungkin “pengalaman getir”untuk menzahirkan keunggulan anda”

-Richard Nixon-


“Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan.Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat.Dan mungkin orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak juga pernah membuat penemuan.

-Samuel Smiles-


“Kita tidak belajar daripada kejayaan-kejayaan kita, kita belajar daripada kegagalan kita”

-John Naisbitt-pengarang , Megatrends Asia-


“Kegagalan itu merupakan peluang untuk bermula semula dengan lebih pintar”

-Henry Ford-

khas utk sahabatku yg disayangi...

To My Friends Who Are...........SINGLE

Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.


To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE

Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about finding someone who helps you become the best person you can be.


To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say "I love you" if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways...


To My Friends Who Are............MARRIED

Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." Not "where are you", but "I'm right here." Not "how could you", but "I understand." Not "I wish you were", but "I'm thankful you are."


To My Friends Who Are............ENGAGED

The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.


To My Friends Who Are............HEART BROKEN

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.


To My Friends Who Are............NAIVE

How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.


To My Friends Who Are............POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.


To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.


To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go.....


TO ALL MY FRIENDS.......

My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature, never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish
.



think about LOVE??

Love
Would make you blind
I don’t care so much if I couldn’t see
But it matters when love blinds me from seeing Allah’s light

Love
Would make you forget
I don’t care so much if I couldn’t remember
But it matters when love makes me forget Allah

Love
Makes you a fool
I don’t care so much in being a fool
But it matters if I am a fool in telling the difference between right and wrong

Love
Makes you happy
But why should I be happy
When I should be grieving, for disobeying Allah’s orders

Love
Needs a lot of sacrifice
I am willing to sacrifice
But why should I sacrifice, if it’s not for Allah

Love
Why should I love
If its not for Allah

di permulaan

salam sume....

hujung jari ku menulis....tu adalah trade mark dlm blog aku ni...so maknanye aku akan tulis dan luah kn apa2 yg aku rasa terlintas...harap u all sume x bosan la membacanya nati...