BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 29 Januari 2009

Metroseksual...


Skrg ramai org ckp pasal lelaki metroseksual...tp tau ke kite apa itu lelaki metroseksual ni???

nk tau lebih lanjut sile baca...artikel ni dipetik dr salah sebuah majalah yg aku baca...


Gerangan Metroseksual
Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai ‘gay’.

Duit
Lelaki metroseksual kebiasaannya banyak menghabiskan wang untuk penampilan serta kecantikan. Penjagaan kulit, makeup, dah susuk tubuh badan diberikan perhatian lebih. Kadang-kadang mereka sanggup berhabis wang beribu-ribu untuk itu sahaja.

Emosi
Mereka yang metroseksual lebih beremosi dan bertindak tanpa usul periksa. Kalau kelengkapan peribadi tidak lengkap, mereka akan merasa tertekan sedikit walaupun yang tiada itu berus gigi dan sabun.

Majalah
Rajin membuat rujukan dan menambahkan bahan bacaan yang berkaitan dengan penampilan dan penggayaan diri. Up to date tentang fesyen sekarang dah kebiasaannya melihat rancangan yang berbentuk ‘ grooming ‘ seperti ‘ Extreme Makeover ‘ atau ‘ Queen Eye for Straight Guy ‘.

Obses
Mereka sukakan perhatian dan inginkan orang sekeliling melihat akan penampilan mereka yang hebat itu.

Wanita
Mereka mempunyai tabiat melayan wanita dan menghormati mereka dengan sama rata. Mereka tidak prejudis dan menganggap wanita sama seperti mereka. Tapi bukan semuanya, ini lebih tertumpu kepada golongan gay.

Kesempurnaan
Mereka lebih penuh semangat dalam hal penjagaan diri, kebersihan tubuh, kesihatan diri dan keadaan sekali seperti aku urakan di kelompok money. Semuanya perlu kemas, cantik dan berkonsep.

0 comments: